
Muzik sememangnya wujud di dalam jiwa seseorang. walaupun dia tidak tahu menyanyi atau bermain alat muzik. mungkin ada yang bertanya macam mana ada dalam jiwa. muzik tidak hanya berpunca dari alat muzik.bahkan bunyi kereta api yang hendak memulakan perjalanan (kereta api lama ya, bukan elektrik), bunyi hentakan cerucuk, merupakan idea awal untuk suatu muzik yang dikenali sebagai ilham...apabila muzik memasuki jiwa dan mempunyai rentak, maka lahirnya gerak badan dikenali sebagai tarian. pelbagai tarian yang wujud banyak dari muzik dan muzik sebagai permulaan kepada tarian. contohnya, Tarian Singa yang berdasarkan irama, Tarian Zapin, Tarian Sumazau, Tarian Ngajat dan banyak lagi....melalui tarian juga ada yang cuba menjadi dirinya sendiri. tidak menjadi seorang yang berpura-pura untuk menjadi orang lain.( ini yang hip hop dance atau yang lebih kurang sama dengannya) memang tidak dinafikan manusia mungkin memakai topeng untuk menyembunyikan dirinya. tidak salah memakai topeng untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. bak kata pepatah 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'. Melalui muzik juga terhasilnya lirik-lirik lagu yang menampakkan jiwa seseorang dan meluahkan isi hati melalui cara yang berbeza. pelbagai lagu yang tercipta kebanyakannya daripada luahan isi hati. sama ada tujuan untuk menyedarkan tentang suatu perkara, bah kan luahan isi hati yang berisi cinta. kisah hidup seorang penulis lagu berdasarkan apa yang telah dialaminya yang diterjemahkan isi hatinya ke dalam bentuk lagu. lagu yang tercipta juga mampu membuatkan seseorang terasa suatu perasaan yang tidak difahami apabila menjiwai suatu lagu. walaupun bakat memang diperlukan dalam pengubahan lagu dan minat yang mendalam. namun, setiap jiwa mempunyai muzik yang tersimpan dalamnya.
